Friday, June 12, 2009

STRESS??

Tuhan bagi kamu masalah,
Kerna,
Dia sayang padamu,
Tak mahu kamu lalai,
Mahu kamu sedar siapa dirimu,
Apa tujuan hidupmu,
Di muka bumi,
Yang fana ini.

Tuhan bagi kamu masalah,
Kerna Tuhan mahu ajari kamu,
Erti derita,
Erti sengsara,
Erti kesunyian,
Erti kesedihan,
Supaya,
Kamu tahu apa itu bahagia,
Apa itu gembira.

Tuhan bagi kamu masalah,
Kerna,
Dia tahu yang terbaik untukmu,
Selepas susah ada senang,
Supaya kamu mengerti,
Hakikat,
Hidup tak selamanya indah,
Hidup tak selamanya sengsara,
Langit tak selalu cerah,
Langit tak selalu gelap.

Justeru,
Kamu lebih mengerti hakikat diri,
Yang lemah,
Yang hambaNya semata.

Tuhan bagi kamu masalah,
Supaya kamu lebih prihatin,
Lebih berdikari,
Lebih matang,
Menempuh,
Liku-liku hidup mendatang.

Justeru,
Jangan mudah menyerah,
Terus mara ke hadapan,
Bangun pabila jatuh,
Kerna,
Tuhan tahu apa yang terbaik untukmu.