Thursday, May 28, 2009

Lupa??

Dunia,
Seringkala ku alpa,
Nikmat duniawi,
Menyilau pandangan…

Apakah,
Ada yang sudi,
Menerimaku,
Menyambutku,
Tika ku jatuh,
Apakah ada?

Kenapa?
Mesti derita,
Mesti sengsara,
Telusuri jalan duri,
Sedang jalan lurus,
Depan mataku,
Kenapa?

Dunia,
Tak kekal abadi,
Tiada sempurna,
Samada aku atau engkau.

Insan,
Kian tak mengenal Khaliqnya,
Kian jauh tersasar,
Kian jauh merempat,
Seringkali,
Tiada ketahuan tujuan,
Seringkali,
Menangis hiba kerna dosa,
Beratnya terasa,
Menangis memikirkan,
Apakah taubat diterima?

Namun,
Kasih Ilahi tak bertepi,
Manusia itu yang kalah,
Dek perasaan sendiri,
Dosa silam,
Berlegar di fikiran.

Walhal,
Dirimu insan,
Mampu bangkit,
Daripada bayangan semalam,
Bayangan silam dibuang jauh,
Tekadkan hati,
Ke arah,
Matlamat ikhlas,
Ke arah,
Jalan diredai.

Insan,
Setiap terjadi,
Ada hikmahnya,
Setiap terjadi,
Jadi ikhtibar,
Jadi sempadan,
Buat meniti,
Hidupmu,
Masa depanmu.

Justeru,
Dikau tabah dan sabar,
Dikau sayangkan diri,
Yakin berdiri,
Berjalan,
Menuju destinasi hidup,
Menempuh onak rintangan,
Atas rasa cinta padaNya.

Kenapa?
Seringkali,
Aku alpa,
Kenapa?
Kerna aku manusia biasa,
Justeru,
Maafkanlah aku.

Thursday, May 7, 2009

Bahagia??

Sering kudengar bahagia,
Namun,
Apa ertinya?

Bagiku,
Bahagia sementara cuma,
Makan itu bahagia,
Tidur itu bahagia,
Disayangi itu bahagia.

Namun,
Sedarlah kalian,
Bahagia abadi,
Itu di sana.
Namun,
Tiada siapa,
Ingin sengsara.


Saturday, April 4, 2009

Sabar (Saujana)

hari-hari tiap pagi
sering terpapar dalam berita
peristiwa ngeri
menyayat hati
apa yang berlaku kini
tak dpt ku mengerti
kita sering sakit menyakiti
ego bertembung
masing2 sombong
amaran kian memuncak
meracun durjana
meresap ke jiwa
kabur mata dan minda
tertutup pintu hati mu budi bicara
hati ke hati

dalam perjalanan hidup ini penuh pancaroba
kita diuji dan di duga tak mengira masa
hidup perlu kesabaran menempuhi berbagai dugaan
salah dan silap
harus kita maaf memaafkan

mengapa harus terjadi
manusia membawa sengsara
apa sudah kah terlupa
kita dijadikan khalifa dunia
mengapa harus begini
kita semua hamba ilahi
kasih antara kita
amanah dari yang maha esa
sampai bila kah harus kita semua terima
kian ramai menjadi mangsa keganasan manusia

sampai bilakah bila
ketakutan melanda
kita terkurung dalam penjara larangan
mereka bina sekeliling kita
tiada lagi hari kita di muka bumi
tanpa waspadaku berlindung pada Allah maha esa
selamatkan la hamba ini

yang sering terjadi
perasaan menjadi pedoman
kemana pergi keimanan damai kepadamu
kita tak punya kuasa menentukan siapa yang benarkan
tiba masanya pengadilan seluruh insan

Sunday, March 8, 2009

MAULIDUR RASUL 1430H

Hari ni Maulidur Rasul 1430H bersamaan 9 Mac 2009. di Institut Perguruan Batu Lintang, ade sambutan di Masjid Al-Muallimin dan Dewan Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Selepas sarapan di masjid, ade perarakan keliling padang dan diteruskan dengan ceramah di TAZA. Kemudian, ade persembahan nasyid dan penyampaian hadiah. Akhir sekali, ade makan tenghari kat masjid.

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

( ulang korus & 1 )

Sunday, February 15, 2009

Mahar Cinta yer!

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Saturday, February 14, 2009

Where is the luv?

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

Buat ibu2 khususnya buat Ma, my mother...

Ibu, bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa.

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu.

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan.

Ibu, kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan.

Kasihanilah, Tuhan,
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana.